Kempen Simpan Emas

Saturday 25 April 2015

Kita bertanya,Al-Quran menjawab


Bismillahirrahmanirrahim

Al-Quran telah menjawab persoalan kita..walau dalam apa jua keadaan dan situasi..hayati jawapan Al-Quran Semoga jiwa-jiwa yang sedang membaca ini sentiasa tenang dengan janji-janji Allah ..Aamiin
KENAPA AKU DIUJI ?? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Ankabut : 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ?? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?? QURAN MENJAWAB: Qs. Al-Baqarah : 286 “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” KENAPA FRUST & STRESS ??? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Imran : 139 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ??? QURAN MENJAWAB : Qs. Al-Baqarah : 45 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata” APA YANG AKU DAPAT  ??? QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 111 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…” KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ??? QURAN MENJAWAB : Qs. At-Taubah : 129 “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” AKU TAK SANGGUP !!!! QURAN MENJAWAB : Qs. Yusuf : 12 " dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” InsyaAllah ayat-ayat di atas bisa menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan. Alhamdulillah

Wednesday 22 April 2015

Amalan 1Gram 1Bulan


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...hari ni ada sedikit kelapangan masa untuk saya menulis tentang konsep 1Gram 1Bulan yang diwar-warkan oleh syarikat Powergold...Ada yang bertanyakan saya ape sebenarnya 1Gram 1Bulan tu?Kutu ker?Baik lah saya terangkan lah yer disini supaya semua orang dapat paham ape sebenarnya konsep 1Gram 1Bulan tu...

Ramai yang bertanyakan saya...
 
BOLEH UNTUNG KE KALAU SIMPAN 1GRAM 1BULAN ???

                                 
Kecil tapi bernilai
Jom..sama-sama lihat pengiraan yang saya buat di bawah ni :

1bulan = 1 gram 
12 bulan =12 gram (setahun)
60 bulan = 60gram (5 tahun)
** Jom kita darab dengan harga 5 tahun akan datang (tahun 2020) dijangkakan harga emas akan mencecah RM 500/gram
Jadi 60gram X RM500 = RM30,000
RM30K ini simpanan yang kita ada kalau kita kekal beli dan simpan 1gram 1 bulan selama 5 tahun.

Persoalan saya :
Agak-agak mampu ker kita simpan duit dalam masa 5 tahun RM30K,tanpa sentuh langsung duit itu atau kata lain tanpa digunakan langsung duit tu??


************************************

Ini pula saya kira kalau kita simpan 5 gram 1 bulan

1 bulan = 5 gram
12 bulan =60 gram (setahun)
60  bulan = 300 gram (5 tahun)
** Jom kita darab dengan harga 5 tahun akan datang (tahun 2020) dijangkakan harga emas akan mencecah RM 500/gram

Jadi 300gram X RM500 = RM150,000


*******************************************
Kempen 1Gram 1 Bulan ni ialah kita mula disiplinkan diri dengan menyimpan emas serendah 1gram setiap bulan.. saya bukan main-main ajak orang simpan emas ni..tetapi saya ada tujuan..
Tujuan APA..?
Untuk selamatkan RM kita di masa hadapan.
Selama ini kita tak sedar yang wang fiat DIROMPAK INFLASI.. Nilai matawang semakin susut.. 
Nilai yang sebenar ada dalam harta Allah.. iaitu EMAS..

Emas = Duit
Lagi banyak emas kita simpan.. maka semakin banyak nilai duit kita..

Fikirkan datuk nenek kita yang ada banyak barang kemas sejak dari dulu tu, mereka sebenarnya lebih kaya dari kita sekarang...sebab modal mereka beli emas masa tu sangat rendah.

Tahun 1999,
1g = RM28.
Klu ada 100g x 28 = RM2,800
Harga hari ini tahun 2015,
100g =RM15,000

Jadi nampak tak betapa kayanya datuk nenek kita sekarang ni..beli 100g dulu harga RM2800 tapi sekarang nilai 100g yang sama dah jadi RM15,000...
Tapi 100g tu semua dia punya lah kan.. bukan kita punya pon..huhuhuhuh...
Jadi apa pengajaran yang boleh kita ambil??
Apa yang kita boleh tiru dari orang dulu-dulu buat???
SIMPAN DUIT DALAM EMAS

Keratan akhbar tentang ramalan harga emas tahun 2020 mencecah RM503/gram
Cuba simpan baju dan emas dan bandingkan perbezaan harganya 5 tahun akan datang?
Yang mana akan bertambah nilainya?dan yang mana akan susut nilai?
Saranan Tun Mahathir supaya menyimpan emas
Dolar seperti tisu tandas

*****************************************
Jom mulakan langkah pertama anda dengan 1GRAM 1BULAN 

EMAS harta kekayaan sebenar !!


Berminat mahu jadikan emas sebagai simpanan masa depan anda?
Hubungi saya,SALIHAH 017 854 5086
Stokis Powergold Anda

Tuesday 21 April 2015

Wang Kertas hanyalah Kupon???


Bismillahirrahmanirrahim


Selamat pagi sahabat mayaku semua..saya suka bercerita tentang emas kerana saya yakin ramai yang belum tahu tentang hakikat sebenar emas..kerana kebanyakan orang hanya tahu emas ialah barang perhiasan sahaja seperti rantai leher,rantai tangan,subang,gelang dan seumpanya..Tapi masih ramai lagi yang belom tahu tentang hakikat emas yang sebenar-benarnya...betol tak?


Jom..ikuti sesi perkongsian tentang HAKIKAT NILAI DUIT PADA EMAS


Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak.

Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan:


✔ Inflasi - kuasa beli susut setiap tahun
✔ Tukaran matawang asing yang tidak adil
✔ Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil

Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan "RINGGIT" menyebabkan wujudkan 2 golongan penyimpan emas, iaitu:

Golongan 1 : Pelabur (Matlamat Duit)
✔ Seronok bila harga naik
✔ Kecewa bila harga turun

Golongan 2 : Penyimpan (Matlamat Emas)
✔ Tak seronok harga naik
✔ Seronok harga turun

Antara 2 golongan ni, saya dalam golongan ke-2. Saya melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar "buy low, sell high".
Saya selalu mendapat soalan daripada pelanggan dan prospek saya:

Bila harga emas turun?nak beli ni
Bila harga emas naik?nak jual ni


So saya tunjukkan mereka senarai harga emas sejak dari tahun 1999 sehingga 2014
(DLM RM/EMAS 999.9/se g)
Jun1999:RM28.10
Jun2005:RM44.00
Jun2007:RM71.00
Jun2009:RM104.00
Jun2010:RM130.00
Sep2011:RM203.00
Sep2012:RM180.54
Sep2013:RM145.94
1Jan2014:RM129.90
2Feb2014:RM132.00
3Mac2014:RM143.00

*ini ada pengiraan berdasarkan harga pasaran emas dunia.
Kerana 999.9 adalah ibu/bahan mentah asal.


Emas 999.9...adalah dikira dlm oz@gram....bukan nilai RM.
Saya percaya jika kita semakin memahamI ilmu dan perniagaan emas ini...kita semakin yakin kenapa Allah tetapkan zakat emas !! Kerana ianya bernilai sampai kiamat vs matawang kertas USD vs negara2 dunia.
Kita tak mampu ubah masyarakat dalam masa singkat..Tapi ketahuilah,negara China,India, dan Israel....semuanya dah menggalakkan rakyat mereka beli dan simpan emas...Israel pun dah keluarkan DINAR EMAS nya sendiri dah...kerana apa?kerana mereka kaji tentang jaminan Rasulullah :
"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).
Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham". 


                                  
                         



Wallahu A'alam..semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada kita semua peranan emas kepada ekonomi kita..

Sekiranya berminat ingin mendapatkan Perundingan Emas percuma..boleh lah hubungi saya di

WhatsApp/Telegram 0178545086
FB:HaniqHani Salihah 

Monday 20 April 2015

MILIKI KEDAI EMAS DENGAN MODAL RM456?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat alam mayaku? Didoakan agar anda semuanya sihat sejahtera..Petang ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya membuka Kedai Emas dengan modal RM456 sahaja dan layak bergelar TOKEI EMAS..

Jom ikuti kupasan saya :

TAHUKAH ANDA??

1) Modal untuk membuka sebuah kedai emas berpremis adalah sekurang-kurangnya RM500,000.00 @ setengah juta.

2) Modal untuk berbisnes emas tanpa premis @ online pula adalah antara RM20K-50K!

3) Tetapi kami Powergold menawarkan anda modal serendah RM456@RM3800 bagi anda memulakan perniagaan emas disamping 11 jenis bonus, komisyen dan hadiah penghargaan.

ANTARA SERVIS YANG POWERGOLD SEDIAKAN
1) Dapat beli emas dengan harga agen atau stokis

2) Syarikat sediakan laman web katalog produk, jadi anda tak perlu susah-susah ambil gambar produk

3)Syarikat sentiasa mengeluarkan produk dengan design terkini untuk melariskan jualan anda

4) Anda tak perlu simpan stok.Hanya ambil order, syarikat yang uruskan penghantaran, maka syarikat perlu gajikan staf-staf buat anda, sewa pejabat, bayar maintenance, server website dan lain-lain kos operasi syarikat, ianya berkonsepkan DROPSHIP.

5) Seminar dan latihan bagi menjamin kejayaan usahawan-usahawan Powergold, 80% kos di tanggung oleh syarikat

6) Dapat web promosi untuk rekrut ahli baru

KESIMPULANNYA:
1) Syarikat menyediakan pelbagai kemudahan & platform untuk anda berniaga.

 2) Syarikat hanya mengenakan yuran sekali seumur hidup untuk urus niaga yang berpanjangan.

 3) Adakah anda berasa rugi untuk mengeluarkan modal mampu milik RM 450/3800 untuk mendapatkan segala faedah-faeda di atas?

4) Pilihan ditangan anda! Kami di Powergold tidak pernah memaksa anda untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik melainkan anda sendiri yg memilih untuk BERUBAH!


INGIN BERUBAH DARIPADA PEMBELI EMAS KEPADA PENIAGA EMAS?
Ayuh hubungi segera  SALIHAH 017 854 5086



KEPAKARAN saya ialah membimbing mereka yang serius dan berminat untuk menjana pendapatan paling minimum 4 angka sebulan dengan perniagaan emas fizikal.


                         



Tuesday 14 April 2015

PELABURAN MASA DEPAN



Bismillahirrahmanirrahim

Selamat pagi duniaaa..

Assalamualaikum sahabat alam mayaku semua...didoakan anda semua sihat walafiat hendaknya..Pagi ni mood nak bercerita tentang pelaburan...teringin pulak nak terlibat dalam pelaburan aset demi masa depan..Namun saya hanya seorang suri rumah..macam mana saya nak melabur?huhuhu..adakah angan-angan saya untuk buat pelaburan masa depan seolah-olah gelap kelam terus? Tapi sejak 5 bulan lepas baru saya sedar rupa-rupanya saya dah melabur untuk masa depan saya dan keluarga...saya telah memilih emas sebagai ASET PELABURAN...kenapa saya memilih emas?kenapa surirumah seperti saya mampu beli emas setiap bulan?
Jom..ikuti kupasan PELABURAN BIDANG HARTANAH vs
 RUMAH vs EMAS



Pilihan anda??

KEUNTUNGAN MEMBELI RUMAH 


1.Boleh menyewakan terus (paling utama)
2.Tidak perlu mengubahsuai rumah.
3.Boleh refinance rumah tersebut.
4.Permintaan pasaran tinggi.
5.Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
6.Harga rumah sekarang RM50,000 – maksimum.
7.Rumah perlu di dalam keadaan baik jika hendak dijual.
8.Bukan harta warisan yang baik, jika hendak dibahagikan kepada bilangan anak yang ramai.
9.Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan.


KEUNTUNGAN MEMBELI TANAH 
1.Boleh diusahakan untuk menanam sawit/getah (paling utama).
2.Boleh mohon Agrobank untuk membuat pinjaman.
3.Permintaan pasaran tinggi.
4.Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
5.Harga tanah dari serendah RM35,000 seekar ke harga maksimum.
6.Hasil pertama dapat dituai, sekurang2nya pada tahun ke-4 jika diusahakan.
7.Memerlukan tenaga kerja serta modal untuk diusahakan.
8.Memerlukan Peguam dalam urusan penjualan.


KEUNTUNGAN MEMBELI EMAS 
1.Emas adalah aset.
2.Kenaikan harga tahunan emas adalah tinggi, sekitar 30%-40% setahun…sejarah membuktikan 3.kenaikkan harga emas 500% 10 tahun lepas.
4.Emas magnet kekayaan & kalis kemiskinan.
5.Emas kalis inflasi.
6.Emas jongkong & juga emas perhiasan boleh di pajakkan di Ar Rahnu & pinjaman diberikan sebanyak 65%-70%, jika memerlukan wang untuk digunakan (bermakna aset tidak hilang).
7.Emas harta warisan terbaik kepada anak2.
8.Boleh di berikan sama rata & tidak timbul perasaan tidak puas hati.
9.Modal yang kecil serendah RM450.00.
10.Boleh memberikan keuntungan maksimum sehingga 40% hanya dalam setahun, tanpa perlu penyelanggaraan @ tenaga kerja, jika hendak di jual semula.
11.Tidak memerlukan peguam dalam urusan penjualan.
12.Emas adalah pelaburan di dalam kawalan anda, tanpa perlu mengupah orang untuk menjaganya.

Dan saya memilih untuk membeli emas sebagai PELABURAN masa depan sebab buat masa sekarang saya hanya mampu beli emas secara sedikit demi sedikit ...dan saya yakin anda juga semua mampu membeli 1Gram emas setiap bulan (lebih kurang RM180 untuk 1 gram)..
1Gram 1Bulan..kalau 12 bulan?kalau 5 tahun ?kalau 10 tahun?? boleh kira berapa gram 10 tahun akan datang???


1Gram 1Bulan
1tahun = 12 gram
10 tahun= 120 gram
20 tahun =240gram
30 tahun = 360 gram

Itu hanya contoh 1 gram 1 bulan untuk rakyat marhaein seperti saya ni....Ayuh sama-sama mulakan tabiat menabung emas 1gram 1 bulan...ingat peribahasa Melayu...
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT


Berminat untuk dapatkan PERUNDINGAN EMAS ? boleh hubungi saya....saya setia membantu anda..





Thursday 9 April 2015

PETUA CEPAT KAYA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.Hari ni saya ingin menulis tentang konsep " MEMBERI "..Jika difikir secara logik akalnya,setiap kali kita memberi pasti ia akan semakin berkurang kan? contohnya..Kita ada RM10 dan kita beri duit RM3 kepada anak kita so,sudah pastilah duit tersebut akan berkurang menjadi RM7 kan....betul tak?....Ini lah rumus matematik kita...

TETAPI rumus matematik MEMBERI oleh Allah terbalik tau....semakin kita memberi semakin bertambah malah berganda-ganda pulak tu...Pelik kan?..Banyak sekali dalam Al-Quran menunjukkan bahawa PEMBERI kebaikan akan menerima kebaikan,bahkan berlipat ganda dengan bonus yang luar biasa...yang kita sendiri tak terfikir dari mana datangnya ganjaran-ganjaran itu.MEMBERI dalam Islam disebut dengan pelbagai istilah..zakat,infak,sedekah,amal soleh,derma dan seumpamanya.




PEMBERIAN juga bukan dikira dari segi wang ringgit sahaja tetapi dengan pelbagai cara seperti BERI ilmu,pertolongan,senyuman,nasihat dan sebagainya...Kalaupun kita kekurangan wang ringgit tetapi kita masih boleh MEMBERI mungkin dengan keringat tenaga,ilmu,nasihat..

Sebagai contoh hartawan mungkin dapat MEMBERI wang yang banyak untuk didermakan manakala seorang cikgu pula kekurangan wang tetapi penuh ilmu didadanya..Cikgu tadi masih lagi boleh MEMBERI dengan ilmu yang dimilikinya..memberi tuisyen percuma kepada penduduk kampung yang tak mampu...memberi kelas percuma kepada muridnya yang lemah dalam pelajaran,....haaa..kan luas konsep MEMBERI tu...jangan disempitkan kepada wang je taw...




Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa SENYUM ITU SEDEKAH..Ini menunjukkan memberi senyuman pun akan diberi ganjaran oleh Allah...berupa pahala..Mungkin pahala itu dalam bentuk kegembiraan,kepuasan hati,rasa tenang jiwa,rasa lapang dada kepada si pemberi senyuman..

MATEMATIK ALLAH

Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa setiap 1 kebaikan akan dibalas 100 berlipat kali ganda.Nampak tak....Allah berikan ganjaran 100 atas setiap pemberian kita. Analoginya,kita beri RM1 kepada orang lain then Allah akan bagi RM100 kepada kita..Kalaulah Allah bagi cash on the spot ganjaran tu rasanya ramai yang akan MEMBERI/BERSEDEKAH...betul tak?

Perasan tak..setiap kali MEMBERI pasti ada timbal baliknya iaitu MENERIMA.Kita je yang tak perasan bahawa kita sebenarnya MENERIMA balik atas setiap PEMBERIAN kita. Cumanya Allah sembunyikan dahulu ganjarannya sama ada secara cepat atau lambat ataupun di akhirat kelak
Wallahu A'lam..Semoga perkongsian ini menjadi rantaian PAHALA untuk saya dan kepada semua yang membaca...




Wednesday 8 April 2015

Bagaimana Saya Untung Bersama Powergold??

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Apa khabar semua sahabat maya saya?sihat kah semua?didoakan agar semuanya sentiasa sehat sentiasa yer...Petang ni saya nak bercerita sikit macam mana saya berniaga emas Powergold ni...Sebab ramai yang bertanyakan ape itu Powergold?Macam mana perjalanan perniagaan Powergold..so saya sedia menjawab persoalan tu kat sini..Jom..saya setia untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat semua..






1. BAGAIMANA SAYA UNTUNG BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?
Jawapan :
BELI dan SIMPAN emas pun sudah untung.Kalau hendak lebih keuntungan boleh lah sambil menyimpan meniaga emas.(saya kan dah PERUNDING EMAS ONLINE)

Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain yer kawan-kawan... ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Semakin anda timba ilmu emas..semakin anda PERCAYA dengan janji Rasulullah...bahawasanya akhir zaman ni..hanya EMAS dan PERAK sahaja yang benilai...
Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini....FROM ZERO TO HERO..
Ayuh..Transform daripada PEMBELI EMAS SEUMUR HIDUP kepada PENIAGA EMAS...


2.BERAPA SAYA BOLEH DAPAT DUIT BULAN- BULAN JIKA BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?

Jawapan :
Powergold tidak menjanjikan kepada anda duit bulan- bulan,pulangan,dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.

Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Inginkan duit lebih,ada caranya,anda usaha, anda dapat.


3.BILA MASA TERBAIK MEMBELI EMAS?
Ramai di antara pembeli emas dan pelabur emas yang baru tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk membeli emas.

Pelbagai versi yang didengari berkaitan masa terbaik membeli emas ini. Sebagai PERUNDING EMAS saya cuma memberi galakan dan panduan kepada anda bila masa terbaik membeli emas.
Jawapannya mudah saja belilah ketika ADA DUIT DI TANGAN ANDA.

Mengapa?
Kita tidak akan bertemu dengan ‘perfect wave’ bila mula-mula melabur emas. Adakalanya bila harga emas rendah, kita kekurangan wang dan apabila kita mempunyai wang yang banyak harga emas pula mencacak naik.

Tiada siapa boleh mengetahui dengan tepat kenaikan dan penurunan harga emas walaupun menggunakan perisian yang canggih. Oleh itu ia digelar ramalan atau “prediction”.

Jangan kecewa, ingatlah pelaburan emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. POWERGOLD cuba mendidik kesedaran utk menyimpan emas kepada semua.
Cuma diingatkan pulangan yang lumayan mungkin memberikan anda risiko yang amat tinggi. Jangan sudah terkena baru anda menyesal kerana pengalaman itu amat menyakitkan.

Untuk merasai pengalaman pelaburan emas, belilah emas pertama anda walaupun sekeping dinar. Perhatikan pegerakan harga emas bagi tempoh setahun, tambahkan ilmu emas anda dan buatlah keputusan anda.

KONSEP POWERGOLD ialah : SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT...
Cuba bayangkan kalau sahabat-sahabat konsisten beli 1GRAM 1BULAN...jadi setahun ada 12GRAM..5 tahun?10 tahun 20 tahun? itu kalau minimum beli 1 gram 1 bulan lah..Anda takkan terasa kemana duit "pergi" setiap kali beli EMAS..sebab EMAS itu sebenarnya IBU DUIT...ASET MASA DEPAN ANDA..








AYUH MULAKAN MENABUNG EMAS  PERTAMA ANDA SEKARANG !!!


SAYA PERUNDING EMAS ONLINE...setia membantu anda...








Tuesday 7 April 2015

SALIHAH STOKIS POWERGOLD TELUK INTAN



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah..Hari ni saya ingin memperkenalkan diri saya setelah hampir 5 bulan saya serius menjalankan perniagaan EMAS FIZIKAL Powergold..

Saya..SITI SALIHAH merupakan STOKIS POWERGOLD untuk kawasan TELUK INTAN,HUTAN MELINTANG terutamanya..Namun ahli-ahli,pelanggan saya datangnya dari seluruh Malaysia..kerana kuasa di hujung jari sahaja..mudah saja kan berbisness Powergold..Kerana produk Powergold ialah emas..semua orang kenal emas kan..Jadi, amat mudah dan senang sangat untuk berbisness emas Powergold ni..

KEPAKARAN saya ialah membimbing mereka yang ingin menjalankan PERNIAGAAN EMAS FIZIKAL..In Shaa Allah..saya sentiasa beri bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka yang serius ingin menjadi TOKEI EMAS...yang ingin buka KEDAI EMAS sendiri tanpa memerlukan modal sehingga RM500K untuk memiliki sebiji kedai emas...Dengan hanya RM456 anda mampu memiliki KEDAI EMAS ONLINE dan bergelar TOKEI EMAS..Saya dah buktikan dengan modal RM456 saya dah memiliki kedai emas online saya sendiri..saya dah mula digelar TOKEI EMAS oleh kawan-kawan dan pelanggan saya...


Baiklah..di bawah ni saya ceritakan sedikit pengenalan tentang syarikat Powergold..

PERNIAGAAN emas sama seperti PohKong, Wahcan, Habib dan kedai-kedai emas lain. Lebihnya kami secara on line & off line.

Syarikat Pentadbiran Powergold.biz HQ di Kulim Kedah.

Kilang Amethyst di Bukit Mertajam Penang. (pengeluar barangan emas ke kedai2 emas)


Produk Emas Kami
EMAS 999 terdiri drpd GOLDBAR 1g, 5g, 10g, 20g, 100g, 1kg  dan 1/4DINAR (1.025g) 1DINAR (4.25g) 2DINAR (8.50g)


EMAS 916 terdiri dr brg kemas wanita.. Cincin, subang, rantai leher, gelang/ rantai tangan dll


3 Konsep Mudah Powergold Tawarkan :

1 . Kita SIMPAN emas menggantikan simpanan RM. Boleh beli emas dengan cara yang mudah & murah. 1gram paling kurang setiap bulan.


2. Powergold ajar macam mana nak buka kedai emas online & beli emas dengan harga murah, JUAL kepada orang ramai dengan harga mampu milik.


3. Tokey-tokey emas Melayu membongkar rahsia tokey-tokey Cina jadi kaya-raya. Powergold beri bimbingan supaya anda dapat menjadi pengedar emas ke seluruh RANGKAIAN kedai2 emas online
"Tak mula melangkah mana mungkin boleh berlari"

Produk-produk syarikat Powergold
Konsep asas perniagaan emas yang menguntungkan


Seorang pensyarah menjadikan perniagaan emas fizikal sebagai side incomenya

Suri rumah menjadi tokei emas 

Empat surirumah menjana pendapatan lumayan dengan perniagaan emas fizikal Powergold



INGIN MENJADI TOKEI EMAS DAN MEMILIKI KEDAI EMAS SENDIRI?

INGINKAN PENDAPATAN SEPERTI TOKEY EMAS ?

Hubungi saya :
Saya akan bantu anda untuk berubah...

SALIHAH 017 854 5086




Monday 6 April 2015

DINAR MAS KAHWINKU

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah..Semasa saya menulis entry ni..sudah empat bulan saya terlibat secara serius dengan perniagaan emas dari syarikat POWERGOLD...Sebenarnya saya memang dah lama minat untuk berniaga EMAS.Sebelum ni saya servey2,kebanyakannya memerlukan modal awal RM1K ke atas....fuhhh..kat mana la saya nak cekau RM1K tu kan...


So apabila duk chatting2 dan bertanyakan kawan-kawan,saya tertarik dengan syarikat POWERGOLD ni sebab ia menawarkan modal serendah RM386 je untuk kita memulakan perniagaan EMAS.So ape lagi,saya grab lah peluang ni..sebab satu2 nya syarikat yang menawarkan modal rendah sebegini.Dengan modal awal RM 456 tu (Pakej SOLID GOLD) dapat FREE GIFT 1/4 dinar dan FREE website untuk tujuan promosi ..
Link website saya KLIK SINI






Haa..kalau nak tau details pasal simpanan,pelaburan,perniagaan dan jual beli EMAS boleh je contact saya...saya memang suka bercerita pasal EMAS.sebab GOLD IS MY PASSION sejak dulu lagi...meh saya ceritakan serba sedikit tentang EMAS dan SAYA..



Dalam tahun 2009,saya mula berkenalan dengan Dinar Kelantan...Sebab kat Kelantan masa tu ada ekspo pasal DINAR dan DIRHAM...memang saya follow setiap event berkaitan DINAR & DIRHAM..Pendek cerita..selama 2 tahun saya follow trend EMAS dan mengkaji untung rugi SIMPAN EMAS ni,so saya dah mula faham sangat2 pasal menyimpan EMAS..Pada tahun 2011,saya discuss dengan bakal suami (da selamat jadi suami da sekarang)...nak jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN...


Pada awalnya dia pon tak paham jugak ape tu DINAR...Pastu dia fikir,kaji sendiri dan dia setuju untuk jadikan DINAR sebagai MAS KAWEN saya...So,bulan Februari  2011,dia transfer duit minta saya belikan DINAR untuk MAS KAWEN saya tu...Start daripada hari tu,kerja saya adalah bukak website KELANTAN GOLDEN TRADE setiap hari...sebabnya nak tengok bila harga emas jatuh dan nak beli...sebabnya by the end of Februari saya wajib setel pasal DINAR ni (11 Mac 2012 tarikh nikah kami)...


Alhamdulillah..masa tu saya kerja di KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD...memang staff semuanya dah faham dan masak benar pasal EMAS ni...saya je baru nak belajar mengenal EMAS...saya sentiasa bertanyakan dan merujuk mereka pasal EMAS dan DINAR untuk mas kawen...Alhamdulillah mereka banyak membantu saya dalam misi mengcukupkan MAS KAWEN saya tu..hihihi...


Alhamdulillah ...11 Mac 2012 MAS KAWEN saya berupa 11 keping DINAR...ni gambar nya.. (abaikan gubahan yang tak seberapa tu....huhuhu...hihihi...)..nampak tak ada 11 keping dinar dalam bekas berbentuk LOVE tu...


Mas kawen saya


So,begitulah ceritanya bagaimana saya CELIK EMAS...so saya sangatlah menggalakan dan menyarankan agar korang pon turut CELIK macam saya..hihihi...

*********************************************Kat bawah ni saya listkan tentang persoalan2 kebanyakan orang yang TAK CELIK emas lagi...(soalan sama saya pada tahun 2009..hihihhi)


1.Saya sentiasa fikirkan harganya,kaji sana sini
-Last-last tak beli-beli pun

2.Asyik kaji pasal spread
- Belum beli dah fikir banyak,spread penting untuk pelabur,tak penting untuk mereka yang ada ILMU pasal spread.So,dapatkan ilmu pasal emas ni

3.Duk fikir macam mana nak jual balik
- Emas bukan macam barang-barang lain.Emas laku je walau dimana anda berada.
Sebaiknya juallah kat dealer/syarikat tu balik,dapat harga lebih,tapi kalau ada ilmu yang kat statement no 2 tu,anda memang untung!

4.Duk fikir macam mana nak buat untung
-Banyak cara boleh untung,asalkan emas tu ada kat tangan,bukan atas kertas atau alam maya

5.Takut BNM serbu syarikat yang saya join
-Ini bukan skim,ini emas fizikal,selagi pegang emas,apa nak takut?

6.Takut rugi sebab harga emas jatuh
-Beli emas bukan untuk dijual esok lusa.Ini simpanan jangka masa panjang.Kalau terdesak sangat,barulah pajak.Ini sebenarnya fungsi Ar rahnu,bukan untuk manipulasi pelbagai skill.

7.Saya tak tahu kenapa orang kata emas itu adalah wang
-Kena tahu apa maksud wang yang sebenar dan ciri-cirinya.Kaji sejarah.Dulu-dulu orang guna apa sebagai matawang..Emas kan..Wang kertas yang kita guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi untuk menindas dan berkuasa kat dunia

8.Saya tak faham sebab apa saya perlu simpan emas
-Kaji sebab,pasti jumpa jawapannya

9.Saya tak nak membazir
-Dulu harga emas rm30/gram,sekarang dah cecah dekat rm200/gram
Err..kat mana yang membazir tu?

10.Saya bimbang emas tu kena curi,hilang dan sebagainya
-Kalau kena curi,hilang,bukan emas je...apa-apa pun boleh ,so kena pandai-pandailah elakkan.Tak kan sebab takut hilang,kena curi,maka kita tak beli emas?
Habis yang wang kertas kita kena rompak hari-hari(susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke..?
Setahun susut nilai hampir 16%.
Simpan RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM840,kalau 10 tahun lagi?
Simpan emas berharga RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM1.2k..Mana yang anda nak?

11.Tak dapat pulangan bulanan,dividen dan hibah
-Lebih suka join skim cepat miskin,baik join MLM terus,maklumlah,duduk diam-diam dapat duit..


Bagus !!!
Orang macam anda yang membuatkan harga emas tak naik mendadak..
Hanya org yg CELIK emas dan ada ILMU sahaja yang duk beli emas.

Yang duk fikir 11 soalan di atas,tak sedar yg dia duk buang masa,dan masa itu tidak akan kembali..
Harga emas yg dulu RM16/gram,sekarang hampir RM195/gram.Akan datang hanya tinggal sejarah…dan waktu itu dah tak guna nak menyesal sebab tak bermula masa org duk suruh dulu.











*****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan PERUNDINGAN EMAS....Saya setia membantu...Anda boleh hubungi saya seperti di bawah..


SALIHAH 017 854 5086
Fb : HaniqHani Salihah