Kempen Simpan Emas

Friday 26 June 2015

KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS FIZIKAL

Bismillahirrahmanirrahim


1. Emas sebagai aset.
Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib.
Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset.  Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil.
Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM163 untuk goldbar 1gm.
2. Emas mencegah kita boros, emas memaksa kita menyimpan.
Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros.
Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan.
Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah2 yang mempunyai kad ATM.
Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis tapi ke mana kita belanja kita tak perasan.
Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan.
Secara tidak sedar. Ajaib bukan?
3. Emas menarik rezeki.
Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan.
Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya.
Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi.

Untung bukan?.
Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam2 kerana inflasi.
Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan.

Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya ada teman2, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.
Pilihan ditangan kita. Bertindak atau jadi pemerhati?
Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas.
Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain2 lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.
Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit2.
Jom mulakan langkah menyimpan EMAS sekurang-kurangnya 1gram 1bulan 1keluarga 1kekayaan dengan powergold!!!
In sha Allah semua boleh menyimpan emas..
Tidak perlu tunggu kaya baru boleh simpan emas..
Semoga kita kaya dan berjaya dengan powergold.. Aamiin

*****************************************

Berminat mahu jadikan emas sebagai simpanan masa depan anda?
Hubungi saya,SALIHAH 017 854 5086
Stokis Powergold Anda



No comments:

Post a Comment