Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum sahabat2 sekalian.Hari ni
saya ingin menulis tentang konsep " MEMBERI "..Jika difikir secara
logik akalnya,setiap kali kita memberi pasti ia akan semakin berkurang kan?
contohnya..Kita ada RM10 dan kita beri duit RM3 kepada anak kita so,sudah
pastilah duit tersebut akan berkurang menjadi RM7 kan....betul tak?....Ini lah
rumus matematik kita...
TETAPI rumus matematik MEMBERI oleh Allah
terbalik tau....semakin kita memberi semakin bertambah malah berganda-ganda
pulak tu...Pelik kan?..Banyak sekali dalam Al-Quran menunjukkan bahawa PEMBERI
kebaikan akan menerima kebaikan,bahkan berlipat ganda dengan bonus yang luar
biasa...yang kita sendiri tak terfikir dari mana datangnya ganjaran-ganjaran
itu.MEMBERI dalam Islam disebut dengan pelbagai
istilah..zakat,infak,sedekah,amal soleh,derma dan seumpamanya.
PEMBERIAN juga bukan dikira dari segi wang
ringgit sahaja tetapi dengan pelbagai cara seperti BERI
ilmu,pertolongan,senyuman,nasihat dan sebagainya...Kalaupun kita kekurangan
wang ringgit tetapi kita masih boleh MEMBERI mungkin dengan keringat
tenaga,ilmu,nasihat..
Sebagai contoh hartawan mungkin dapat
MEMBERI wang yang banyak untuk didermakan manakala seorang cikgu pula
kekurangan wang tetapi penuh ilmu didadanya..Cikgu tadi masih lagi boleh
MEMBERI dengan ilmu yang dimilikinya..memberi tuisyen percuma kepada penduduk
kampung yang tak mampu...memberi kelas percuma kepada muridnya yang lemah dalam
pelajaran,....haaa..kan luas konsep MEMBERI tu...jangan disempitkan kepada wang
je taw...
Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa
SENYUM ITU SEDEKAH..Ini menunjukkan memberi senyuman pun akan diberi ganjaran
oleh Allah...berupa pahala..Mungkin pahala itu dalam bentuk
kegembiraan,kepuasan hati,rasa tenang jiwa,rasa lapang dada kepada si pemberi
senyuman..
MATEMATIK ALLAH
Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa
setiap 1 kebaikan akan dibalas 100 berlipat kali ganda.Nampak tak....Allah
berikan ganjaran 100 atas setiap pemberian kita. Analoginya,kita beri RM1
kepada orang lain then Allah akan bagi RM100 kepada kita..Kalaulah Allah bagi
cash on the spot ganjaran tu rasanya ramai yang akan MEMBERI/BERSEDEKAH...betul
tak?
Perasan tak..setiap kali MEMBERI pasti ada
timbal baliknya iaitu MENERIMA.Kita je yang tak perasan bahawa kita sebenarnya
MENERIMA balik atas setiap PEMBERIAN kita. Cumanya Allah sembunyikan dahulu
ganjarannya sama ada secara cepat atau lambat ataupun di akhirat kelak
Wallahu A'lam..Semoga perkongsian ini menjadi rantaian PAHALA untuk saya dan kepada semua yang membaca...
No comments:
Post a Comment